Analisis
Surah Al-Fatihah Mengikut Konteks Bahasa Arab Dgn Al-Quran
Surah
Al-Fatihah sememangnya adalah surah yg akan dibaca 17 kali sehari dalam hidup
mereka sbg umat Islam ketika di dalam solat.Tetapi pernahkah kita mengkaji atau
menganalisis apakah yg terkandung atau tersirat disebalik surah Al-Fatihah yg
kita baca ini?Sejauh mana kita benar-benar memahami dan tadabbur segala yg
tersirat di sebalik tersurat surah Al-Fatihah ini.Jadi Insya Allah di sini saya
cuba kongsikan seberapa banyak yg boleh untuk pengetahuan kita bersama.
Surah
Al-Fatihah ini dikategorikan sbg Surah Makkiyyah iaitu yg di turunkan di Mekah
dan terdiri dari 7 ayat.Surah ini Nabi s.a.w. menamakan sbg ( فاتحة الكتاب ) kerana ia adalah merupakan surah yg
mula-mula sekali dibaca dan dimulai di dalam Al-Quran.Selain itu juga,surah ini
juga dinamakan ( أم القرأن )kerana ia merupakan induk
bagi semua isi yg terkandung di dalam Al-Quran dan menjadi intisari kepada isi
Al-Quran.Nama lain bagi surah ini adalah ( السبع المثاني ).Dinamakan
sedemikian kerana ia mengandungi tujuh ayat dan sentiasa di baca berulang kali
ketika di dalam solat.
Kajian yg
boleh kita perhatikan dalam surah ini ialah pertamanya : dalam Surah Al-Fatihah
ini sebenarnya Allah s.w.t. menyebutkan kepada kita 5 Asma al-Husna ( nama-nama
Allah yg indah ) yg ada di dalam surah ini.Daripada 99 Asma al-Husna,5
daripadanya Allah s.w.t. memilih dan menyebutnya di dalam surah ini iaitu :
1. Allah ( الله )
2. Ar-Rabb ( الرب )
3. Ar-Rahman ( الرحمن )
4. Ar-Rahim ( الرحيم )
5. Al-Malik ( المالك )
1.
Allah ( الله )
Merupakan
nama Allah Azza Wa Jalla Yang Maha Agung dan tiada sesuatu pun yg boleh
mensyirikkanNya.Di antara maksud nama Allah ini ialah sesungguhnya hati-hati
itu beribadat dan rindu kepada Allah dan rindu untuk bertemu
denganNya,melihatNya dan menjadi tenang bila menyebutNya iaitu berzikir
mengingati Allah.
Dan di antara maksud nama Allah itu juga ialah sesungguhnya Dia ( Allah ) satu-satunya tuhan yg layah untuk disembah dan berhak untuk beribadah kepadaNya dan oleh kerana itu jugalah datangnya nama ini di dalam ungkapan dua kalimah syahadah di mana seorang mukmin itu akan berkata ( أشهد أن لا اله إلا الله ) dan tidak berkata seperti ini ( أشهد أن لا اله إلا الرحمن ).
Dan di antara maksud nama Allah itu juga ialah sesungguhnya Dia ( Allah ) satu-satunya tuhan yg layah untuk disembah dan berhak untuk beribadah kepadaNya dan oleh kerana itu jugalah datangnya nama ini di dalam ungkapan dua kalimah syahadah di mana seorang mukmin itu akan berkata ( أشهد أن لا اله إلا الله ) dan tidak berkata seperti ini ( أشهد أن لا اله إلا الرحمن ).
2.
Ar-Rabb ( الرب )
Iaitu Dialah
( Allah ) tuhan sekalian alam,tuhan kepada segala-galanya.Semua yg diciptakan
Allah terdiri dari berbagai-bagai jenis dan bentuk seperti alam manusia,alam
haiwan,alam tumbuh-tumbuhan dan sebagainya lagi.Allah s.w.t. adalah pencipta
kepada semua alam tersebut.
3. Ar-Rahman
& Ar-Rahim ( الرحمن الرحيم )
Juga
merupakan nama Allah dan ia tidak dinamakan kepada sesiapa pun melainkan hanya
kepada Allah sahaja.Maka bagi Allah s.w.t. itu sifat Maha Pengasih dan Maha
Penyayang.Ar-Rahman adalah merupakan asma al-husna yg khusus hanya untuk Allah
Azza Wa Jalla sahaja yg tidak boleh disekutukan dengan sesuatu yg lain.
Perkataan Ar-Rahman dan Ar-Rahim ini
sebenarnya berasal dari Ar-Rahmah.Dan sifat Ar-Rahman Allah ini adalah rahmat
kasih sayang untuk semua makhlukNya manakala Ar-Rahim pula adalah nikmat rahmat
kasih sayang yg hanya khusus untuk orang-orang yg beriman sahaja.Setiap kali
kita membaca surah Al-Fatihah ini berulang-ulang kali dalam seharian hidup,kita
akan menyebut ( بسم الله الرحمن الرحيم ) dan
tidak menyebut ( بسم الله العزيز الحكيم )menunjukkan
disini kepada kata-kata Allah s.w.t. di dalam satu hadis Qudsi iaitu “
Sesungguhnya rahmat kasih sayangku mendahului kemurkaanku ” dan begitu juga
nabi s.a.w. sentiasa mengajar para sahabat baginda dengan sentiasa berharap dan
semakin bertambah keyakinan terhadap rahmat kasih sayang Allah yg terlalu besar
.
Ketiga-tiga asma al-husna ini jika
diperhati dengan begitu terperinci,sebenarnya ia sudah merangkumi aspek-aspek
akidah keimanan kita kepada Allah s.w.t.Pertamanya nama Allah ( الله )mengandungi sifat Uluhiyyah dan keduanya
Ar-Rabb ( الرب ) mengandungi sifat Rububiyyah dan yg terakhir
Ar-Rahman & Ar-Rahim mengandungi sifat Asma wa sifat bagi Allah.
4.
Al-Malik ( المالك )
Seperti yg
terkandung di dalam surah Al-Fatihah iaitu ( ملك يوم الدين ) iaitu
yang menguasai di hari pembalasan di mana pada hari itu di tangan-tangan
manusia terdapat segala amalan-amalan mereka dan pada hari itu juga terdengar
pujian kepada Allah dan mengagungkan kebesaran Allah.Pada hari itu jugalah
terdapat peringatan kepada umat Islam dengan hari pembalasan dan hari
penghitungan ( Hisab ).
Analisis yg kedua dapat kita lihat
di sini ialah ayat seterusnya :
Segala puji bagi Allah,Tuhan
sekalian alam
Alhamdu (
الحمد ) adalah pujian kerana perbuatan yg baik dan kemuliaannya.Pujian di sini
adalah pujian bagi Allah s.w.t. dengan sifat keagungan dan
kesempurnaanNya.Segala pujian serta sifat-sifat yg tinggi dan kesempurnaan
hanyalah milik Allah s.w.t. sahaja dan tiada siapa yg berhak menerima pujian yg
sempurna melainkan Allah sahaja.Jika kita mengkaji dari konteks bahasa sendiri
kenapa digunakan alhamdu dalam ayat ini dan tidak digunakan ( الشكر ) dan apakah perbezaan antara ( الحمد ) ,( الشكر ) dan ( المدح ) ?Kenapa
Allah tidak memulakan ayat ini dengan ( الشكر لله رب العلمين ) atau ( المدح لله رب العلمين )?
Sebenarnya
ketiga-tiga perkataan bahasa arab ini mempunyai perbezaan makna dan maksud yg
tersendiri.Dari segi makna luaran kita nampak ia adalah sama maksud tetapi
hakikatnya terdapat perbezaan antara ketiga-tiga perkataan ini :
1 ) الحمد (Alhamdu)
Alhamdu dari segi bahasa bermaksud
pujian iaitu pujian terhadap sesuatu perbuatan atau sifat atau tindakan yg
dilakukan dengan kehendak dan keinginannya sendiri.
2 ) المدح (Almadhu)
Almadhu juga adalah bermaksud pujian
akan tetapi ia adalah pujian yg bebentuk umum atas sesuatu perbuatan atau
tingkah laku yg dilakukan.Perbezaan antara kedua-dua perkataan ini ialah الحمد adalah
khusus dan المدح adalah
umum.
3 ) الشكر (As-Syukru)
As-syukru
pula adalah maksud yg lebih khusus lagi dari الحمد dan المدح kerana perkataan as-syukru ini sebenarnya
lebih kepada pujian terhadap sesuatu nikmat yg tertentu sahaja iaitu nikmat yg
khusus.Ia terbatas kepada sesuatu kenikmatan yg melimpah dari pemberinya.
Sebenarnya alhamdu disini mengandungi maksud ( الشكر والإعتراف ) iaitu pujian dan
pengiktirafan yg cukup indah yg dikhususkan hanya kepada Allah sahaja di mana
kalau dilihat bagaimana surah Al-Fatihah ini dimulakan dengan satu
pujian.Pengiktirafan yg dimaksudkan di sini ialah keagungan dan kebesaran Allah
s.w.t. kerana itu adalah satu pengakuan dari hamba-hambaNya sendiri dengan
segala kealpaan,kekurangan diri mereka dan berasa perlu kepada Allah s.w.t..Dan
hamba-hambaNya mengiktiraf Allah dengan mengagungi segala sifat kesempurnaan,kemuliaan
dan ihsan kebaikan Allah s.w.t.
Dengan permulaan ayat ini seperti di
atas sebenarnya sudah terkandung maksud pengiktirafan dan pengakuan dari
hamba-hambaNya terhadap segala nikmat keagungan dan kebesaran Allah dan tiada
keraguan apa-apa.Dimana sifat bagi hamba-hambaNya dengan mengakui kebesaran dan
keagungan Allah,maka mereka akan patuh taat kepada perintahNya dan tidak akan
ingkar.Dalam skop yg lain pula dari sudut bahasa,kita dapat lihat dalam ayat
kedua ini kalimah Allah dalam ayat ini sebenarnya satu bentuk pengkhususan.Satu
unsur kesenian bahasa di sini menunjukkan bahawa segala puji-pujian itu
hanyalah khusus untuk Allah sahaja.
Analisis yg berikutnya :
Perkataan “ Rabbil A’lamin ” yg bermaksud Tuhan sekalian
alam dalam ayat ini juga adalah sifat Allah merupakan jawapan kepada persoalan
kenapa Allah sahaja yg sememangnya berhak dan layak untuk dipuji.Dan perkataan
“ Rabb ” di sini bermaksud pemilik atau yg memiliki sesuatu dan perkataan ini
ia tidak boleh digunakan pada manusia melainkan hanya pada Allah sahaja.Jika
digunakan pada manusia sekali pun,ia akan disandarkan kepada sesuatu atau lebih
di istilahkan sebagai ( الإضافة ) sebagai contoh : رب البيت yang bermaksud
tuan rumah atau pemilik rumah.Contoh lain lagi : ربة البيت yang bermaksud
suri rumah.
Manakala “ Al-a’lamin ” di dalam ayat ini Allah gunakan
dalam bentuk lafaz yg berbentuk jamak muzakkar salim.Penggunaan jamak muzakkar
salim dalam ayat ini sebenarnya menunjukkan sesuatu yg berakal.Ia menunjukkan
kepada kita disini bahwa Allah tu adalah tuhan sekalian alam yg terdiri dari
pelbagai alam seperti alam manusia,malaikat,jin,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan
lain-lain lagi.
Analisis seterusnya dapat dilihat di
sini :
Hanya kepada Engkau kami sembah dan
hanya kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan
Jika dilihat dalam ayat ini pula,terkandung kesenian uslub bahasa Al-Quran itu sendiri.Jika dilihat pada perkataan iyyaka ( إياك ),dimana ia sudah ditakdim di hadapan ayat dimana dhamir ini membawa maksud pengkhususan terhadap ibadah dan pertolongan kepada Allah.Dalam ayat ini menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana kita sbg seorang hamba hanya kepada Allah sahaja kita beribadah dan menyembah dan hanya kepada Allah jugalah kita memohon pertolongan dan tidak kepada yg lain.Apakah hubungkait atau kesinambungan antara ( نعبد ) dan ( نستعين ) dalam ayat ini? Ia menunjukkan kepada kita di sini bahawa ibadah itu adalah satu perantaraan dan penghubung kita sebagai hamba dengan Allah untuk memohon pertolongan.Kalau dilihat dari konteks bahasa,asal usul sebenarnya ayat ini adalah ( نعبد إياك ونستعين إياك ). Apabila dihamir إياك ini ditakdimkan dihadapan,secara tidak langsung ia membawa maksud pengkhususan bahawa hanya Allah sahaja kita sbg hamba akan sembah dan meminta pertolongan buat selama-lamanya.Bagaimana hebatnya keindahan uslub bahasa ini menunjukkan kepada kita bahawa hanya Allah sahaja satu-satunya tempat untuk kita bergantung dan meminta pertolongan kepadaNya dengan cara beribadah kepadaNya.
Dalam masa yg sama
juga,kesinambungan dari uslub bahasa ini juga mencerminkan kepada kita sifat
ubudiyyah seorang hamba itu bahawa hanya menyembah Allah sahaja dan tidak akan
menyembah selain Allah.Itu merupakan asal usul tauhid uluhiyyah seperti mana yg
telah diutuskan oleh para rasul yg terdahulu.
Analisis yg berikutnya :
Tunjukkanlah kami jalan yang lurus
Dalam ayat ini terkandung persoalan
hidayah yg memberikan berbagai-bagai maksud :
1 ) Tetapkan
kami di atas jalan-jalan yg lurus dan benar sehingga kami tidak terpesong dari
jalan yg lurus kerana manusia itu sentiasa berubah-ubah.Mungkin pada hari ini
manusia itu berada di dalam hidayah dan petunjuk dan kemungkinan manusia pada
esok harinya berada di dalam kezaliman.
2 )
Peliharalah hidayah kami.Hidayah itu tinggi darjatnya dan mereka yg diberikan
hidayah itu tergolong dalam tingkatan-tingkatan yg tinggi darjatnya.Dan ada
dari kalangan mereka yg sampai darjat hidayah yg tinggi dan ada dari kalangan
mereka yg tidak sampai ke darjat tersebut. Allah s.w.t. memberikan jalan yg
lurus itu kepada dua iaitu jalan di dunia dan jalan di akhirat.Dan perjalanan
kamu di jalan ukhrawi iaitu jalan titian sirat yg terbentang di antara neraka
dan manusia akan melaluinya mengikut amalan mereka semasa di dunia
dahulu.Manakala jalan di dunia pula ialah jalan dengan ketaatan kepada Allah
s.w.t. dengan melalukan apa yg diperintah dan menjauhkan apa yg dilarang oleh
Allah.
3 ) Jalan yg
lurus itu di mana seorang hamba itu akan melakukan apa yg di suruh pada setiap
waktu berdasarkan kepada ilmu dan amalan yg ada padanya dan dalam masa yg sama
juga seorang hamba itu tidak akan melakukan larangan Allah dengan menjadikan
Allah sentiasa berada di hatinya bahawa Allah mengetahui segala apa yg
dilakukan dan kehendak seorang hamba itu untuk melakukan apa yg diperintah dan
dilarang.
Dan lawan bagi hidayah di dalam ayat
ini ialah :
1.
Kejahilan ( الجهل )
Manusia itu kadang-kadang di dalam
dirinya ada rasa keinginan untuk berbuat kebaikan akan tetapi jahil dan tidak
mengetahui jalan atau cara yg betul yg dibenarkan oleh syariat untuk mencapai
perbuatan baik tersebut.Maka manusia itu menggunakan cara yg bid’ah dari segi
syariat dan juhud melaksanakannya tanpa berfikir panjang dan menyangkakan
bahawa amalan kebaikan yg dilakukan dengan cara yg tidak betul itu adalah baik
disebabkan oleh kurangnya ilmu dalam diri.
2.
Nafsu ( الهوى )
Kadang-kadang ada dari kalangan
manusia itu sendiri mereka dari kalangan orang yg alim ada ilmu pengetahuan
tetapi tidak ada dalam dirinya keazaman dan kesungguhan yg menjadikannya
terdorong untuk ke arah kebaikan dan hawa nafsu itu menguasai dirinya.Lalu dia
meninggalkan kewajipan atau berkecimpung dalam perkara haram dengan sengaja
sedangkan dia seorang yg berilmu dan tahu tentang hala dan haram dan
mengukurkan dirinya sbg seorang yg lemah imannya dan nafsu syahwat menguasainya
dan leka dalam kealpaan dunia.
Kalau diperhatikan pada ayat ini
dari sudut bahasa arab itu sendiri,Allah menggunakan perkataan ( اهدنا ) dalam sighah atau bentuk Fi’il Amar.Sebenarnya lafaz Fi’il Amar di sini bukanlah bermaksud satu
perintah tetapi ia membawa maksud yg lain sebenarnya.Dari konteks ilmu
balaghah,secara umumnya perkataan atau sesuatu jumlah dalam bahasa arab ini terbahagi
kepada dua iaitu yg berbentuk Insyai ( اسلوب الإنشائى ) dan Khabari ( اسلوب الخبري ).Di dalam konteks ayat yg berbentuk Uslub Insyai ini
terdiri daripada berbagai pecahan yg tersendiri. Antaranya adalah sighah yg
berbentuk amar ( صيغة الأمر ).Seperti yg terkandung di dalam ayat di
atas,lafaz Fi’il Amar yg digunakan
sebenarnya membawa maksud doa iaitu satu proses permintaan dari bawah kepada yg
atas.Yang dimaksudkan permintaan dari bawah ke atas di sini ialah kita sbg
seorang hamba meminta dan berdoa kepada yg lebih Maha Kuasa lagi iaitu Allah
s.w.t.
Itu yg
tersirat disebalik penggunaan lafaz Fi’il Amar dalam
ayat ini.Dalam masa yg sama ia menunjukkan kepada kita bahawa kita sbg hambaNya
perlu sentiasa dan setiap masa berdoa memohon hidayah dan petunjuk kepada
Allah.Bukan hanya sekadar berdoa sahaja,tetapi sentiasa berusaha untuk mencari
hidayah Allah itu.Dari sini juga,ia jelas menunjukkan kepada kita bahawa
hidayah ini sebenarnya milik Allah dan kerja memberi hidayah ini juga adalah
hak milik Allah.Allah juga berhak untuk memberi hidayah kepada sesiapa sahaja
yg dikehendakinya.Oleh kerana itulah kita sbg hamba disuruh agar supaya
sentiasa berdoa dan memohon hidayah Allah dan ini bertepatan dengan kaedah
penggunaan bahasa arab yg terkandung dalam ayat ini.Itulah hebatnya bahasa
Al-Quran.
Perkataan ( الصراط ) dalam ayat ini bererti jalan yg jelas
dan ada manhaj kehidupan iaitu ada pegangan hidup.Sepertiman yg terdapat di
dalam bait syair yg diungkapkan:
Seorang pemimpin yg beriman itu berada di atas jalan yg lurus benar
Jika dia membengkokkan jalan
itu,bengkoklah ia
Analisis yg berikutnya :
Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka,bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat
Ayat ini
membawa penafsiran yg jelas dari ayat yg sebelumnya iaitu dari jalan yg
lurus.Mereka yg telah mendapat hidayah seperti mana yg telah Allah anugerahkan
nikmat itu kepada mereka dari kalangan nabi-nabi,para syuhada,golongan yg soleh
dan yg benar.Ayat ini secara tersiratnya Allah mengajar manusia supaya mencari
jalan “ orang-orang yg Allah telah berikan kenikmatan ” dan
menjauhi jalan “ orang-orang yg dimurkai Allah dan orang-orang yg sesat ”.
Orang-orang yg Allah telah berikan
kenikmatan dijelaskan dalam ayat yg lain :
Dan barangsiapa yang mentaati Allah
dan Rasul,mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi
nikmat oleh Allah,iaitu : Nabi-nabi,para siddiiqiin,orang-orang yang mati
syahid dan orang-orang saleh.Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya
Dalam ayat ini juga tiga jalan yg terbentang di hadapan kita :
1 ) Jalan yg
lurus ( الصراط المستقيم )
Jalan-jalan yg terkandung di
dalamnya segala kebenaran dan amal kebaikan
2 ) Jalan yg dimurkai ( المغضوب عليهم )
2 ) Jalan yg dimurkai ( المغضوب عليهم )
Mereka yg terdiri daripada yahudi
dan lain-lain.Mereka semua ini tahu semua kebenaran yg terkandung di dalam
Al-Quran dan tidak beramal dengannya
3 ) Jalan yg
sesat ( الضالين )
Mereka yg beramal tetapi dengan
kejahilan mereka sendiri iaitu beramal dengan menggunakan cara yg sesat dan
tidak benar
Analisis yg seterusnya :
Dalam ayat di atas mengandungi satu
unsur balaghah yg dipanggil ( التفسير بعد الإبهام ) iaitu menjelaskan apa yg samar-samar.Ayat ini
menjelaskan dan mentafsirkan kesamaran ayat yg sebelumnya iaitu ( اهدنا الصراط المستقيم ). Selain itu
juga,terkandung juga satu lagi kesenian bahasa iaitu ( السجع ) yang bermaksud
persamaan pada rima akhir perkataan atau wazan.Contohnya yg ada pada ayat ini :
1. ( المستقيم ) dan ( الرحيم )
Persamaan
rima huruf yg ada pada ayat ini iaitu huruf mim pada akhir kalimah itu sendiri.
2. ( نستعين ) dan ( الضآلين )
Persamaan
rima huruf pada akhir ayat ini iaitu huruf nun pada akhir kalimah itu sendiri.
Semoga dengan apa yg tersirat
disebalik Surah Al-Fatihah ini mampu membuatkan diri kita itu semakin hampir
lagi kepada Allah...Wallahu A'lam
Tidak ada komentar:
Posting Komentar